Perjalananku sebagai pendidik bermula apabila ku melangkahkan kaki ke Maktab Perguruan Keningau, Sabah (2001-2003)Opsyenku ialah Pengajian Melayu/Kemahiran Hidup.Sekolah pertama tempatku berkhidmat ialah di SK Melamam,Sipitang (2004-2007). Selepas itu, langkahku diteruskan lagi untuk mencurah ilmu di SK Mesapol,Sipitang(2007-2010). Bermula September 2011 hingga kini,perjuanganku mendidik anak bangsa tertumpu kepada warga pelajar SK Padas Damit, Beaufort.Di sinilah bermulanya diari hidupku mengajar murid di Tahun 1,selama aku bergelar 'cikgu'.Ranjau dan pengalaman yang ku tempuh amat 'berwarna-warni'. Aku bergelut dengan KSSR dan LINUS pada awalnya.Namun kini,semuanya dapat ku harungi berkat doa, usaha dan sokongan daripada pelbagai pihak.
Seseungguhnya, pengalaman ini mematangkan dan mendewasakanku....
0 comments:
Post a Comment